AEON iCash Personal Financing

AEON iCash Personal Financing adalah skim pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh AEON Credit Service (M) Berhad. Pinjaman AEON iCash adalah antara pinjaman peribadi yang paling popular di Malaysia.

Apa yang membuat pinjaman peribadi AEON ini sangat diminati adalah kerana syarat-syarat yang diletakkan oleh AEON untuk memohon pinjaman AEON iCash. Anda hanya perlu mempunyai gaji minimum tahunan sekurang-kurangnya RM18,000, iaitu RM1,500 sebulan. AEON Credit juga menawarkan skim pembiayaan peribadi ini kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengambil kira jenis pekerjaan. Tak kira anda bekerja di sektor awam, swasta, atau bekerja sendiri. Pesara dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga boleh memohon AEON iCash.

Faktor-faktor ini membuatkan pinjaman peribadi AEON iCash Personal Financing adalah antara pinjaman peribadi bank yang sering dimohon di Malaysia.

 

Ciri-Ciri & Kelebihan AEON iCash Personal Financing

Berikut ialah kelebihan pinjaman peribadi AEON iCash Personal Financing berbanding pinjaman peribadi bank lain di Malaysia.

  • Pinjaman peribadi Islamik patuh Syariah dengan konsep Bai Al-Inah.
  • Jumlah pinjaman yang fleksibel, iaitu serendah RM1,000 sehingga RM100,000.
  • AEON iCash menawarkan kadar faedah terendah iaitu dari 7.92% hingga 14.4%.
  • Tempoh pinjaman/pembiayaan yang fleksibel – dari 6 bulan sehingga 84 bulan (7 tahun).
  • Mereka yang berpendapatan rendah, iaitu RM18,000 setahun atau RM1,500 sebulan boleh memohon.
  • Had umur bermula dari 18 tahun sehingga 65 tahun.
  • Sesiapa sahaja boleh memohon, tak kira anda kakitangan awam, swasta mahupun berniaga atau bekerja sendiri.
  • Tak perlu penjamin.
  • Tak perlu pengesahan majikan.
  • Keperluan dokumen yang ringkas.
  • Kelulusan pantas – antara 1 hingga 3 hari bekerja.

Kelebihan-kelebihan ini membuatkan pinjaman peribadi AEON iCash antara pinjaman yang popular di Malaysia.

 

Syarat Kelayakan Untuk Memohon

Berikut ialah syarat-syarat yang diperlukan untuk memohon pinjaman peribadi AEON iCash Personal Financing.

Syarat umum

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun hingga 65 tahun.
  • Berpendapatan RM1,500 sebulan (gaji kasar) ke atas atau RM18,000 setahun (gaji kasar) ke atas.
  • Tidak disenaraihitamkan oleh AEON atau mana-mana Bank di Malaysia.
  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).
  • Bukan di bawah selaan AKPK.

Syarat untuk kakitangan awam

  • Status pekerjaan ialah tetap.

Syarat untuk pekerja swasta

  • Bekerja lebih dari 6 bulan dengan majikan yang sama.
  • Mempunyai Caruman KWSP atau jika tiada caruman gaji perlu dimasukkan oleh majikan ke bank.

Syarat untuk berniaga/bekerja sendiri

  • Pemilik perniagaan adalah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  • Tempoh berniaga lebih dari 1 tahun.
  • Perniagaan didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Mempunyai akaun bank syarikat dengan jumlah transaksi bulanan RM5,000 ke atas.

 

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut ialah dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman peribadi AEON i-Cash.

Untuk kerja makan gaji (gaji dibayar ke bank):

  • Salinan kad pengenalan depan & belakang.
  • Penyata slip gaji 3 bulan terkini.
  • Penyata bank 3 bulan terkini.
  • Penyata EPF terkini (minimum 6 bulan potongan).

Untuk kerja makan gaji (gaji dibayar tunai):

  • Salinan kad pengenalan depan & belakang.
  • Penyata slip gaji 6 bulan terkini.
  • Penyata EPF terkini (minimum 6 bulan potongan).

Untuk kerja makan gaji (tiada potongan EPF):

  • Salinan kad pengenalan depan & belakang.
  • Penyata slip gaji 6 bulan terkini.
  • Penyata bank 6 bulan terkini.

Untuk kerja sendiri:

  • Salinan kad pengenalan depan & belakang.
  • Salinan pendaftaran syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia – Borang ROC & ROB.
  • Penyata akaun bank syarikat 6 bulan terkini.
  • Borang BE/E dan resit pembayaran cukai.