Affin Islamic Personal Financing-i

Affin Islamic Personal Financing-i adalah pelan pinjaman peribadi Islamik dengan konsep “Tawarruq” yang ditawarkan oleh Affin Islamic Bank. Affin Islamic Bank Berhad adalah salah satu institusi kewangan Islam di Malaysia yang menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam patuh Syariah. Pinjaman peribadi Affin Islamic adalah antara pinjaman peribadi Islamik di negara kita dengan kadar keuntungan tahunan terendah.

Pinjaman ini juga dibuka kepada kakitangan GLC (Government Linked Company) dan kakitangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Dengan jumlah pembiayaan sehingga RM150,000 dan tempoh pembiayaan yang mencecah 10 tahun, ini adalah antara pinjaman peribadi Islamik yang menarik untuk anda mohon.

Walau bagaimanapun, salah satu syarat yang perlu diketahui sebelum anda memohon pinjaman ini ialah anda perlu menyatakan tujuan utama anda membuat pinjaman. Ini kerana pembiayaan ini ditawarkan oleh Affin Islamic untuk kegunaan peribadi yang patuh Syariah, bukan untuk anda berfoya-foya.

 

Ciri-Ciri & Kelebihan Affin Islamic Personal Financing-i

Pinjaman peribadi Affin Islamic Personal Financing-i mempunyai beberapa kelebihan berbanding pinjaman peribadi patuh Syariah yang lain di Malaysia. Berikut ialah kelebihan yang ditawarkan oleh Affin Islamic Bank menerusi skim pembiayaan peribadi ini.

  • Patuh Syariah dengan kadar keuntungan tetap – Pinjaman ini menawarkan kadar keuntungan tetap tidak kira berapa jumlah pinjaman yang anda mohon.
  • Jumlah pembiayaan yang tinggi – Anda boleh memohon sehingga RM150,000 menerusi pinjaman peribadi ini.
  • Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun – Affin Islamic Bank menawarkan tempoh pembiayaan dari 2 tahun sehingga 10 tahun menjadi pinjaman ini sangat menarik.
  • Dibuka untuk kakitangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) – Affin Islamic Personal Financing-i adalah antara skim pinjaman peribadi Islamik yang dibuka kepada anggota ATM.
  • Tiada caj proses – Affin Islamic tidak mengenakan sebarang caj proses jika pinjaman anda diluluskan.
  • Tiada caj penamatan awal (early termination fee) – Tiada caj dikenakan sekiranya anda ingin menamatkan pembiayaan anda lebih awal daripada tempoh di kontrak.
  • Pembayaran semula yang fleksibel – Anda boleh membuat pembayaran semula melalui potongan gaji bulanan, auto debit melalui bank (hanya jika gaji dimasukkan ke Affin Islamic Bank), atau dengan kaedah “Standing Instruction/Standing Order” melalui bank pilihan anda.

 

Syarat Kelayakan Untuk Memohon

Berikut ialah syarat-syarat yang perlu diambil perhatian sebelum memohon Affin Islamic Personal Financing-i. Syarat kelayakan gaji minimum adalah berbeza untuk kakitangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Syarat umum

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun hingga 58 tahun.
  • Tidak disenarai hitamkan oleh AEON atau mana-mana Bank di Malaysia.
  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).
  • Bukan di bawah selaan AKPK.

Syarat untuk pekerja swasta

  • Bekerja lebih dari 6 bulan dengan majikan yang sama.
  • Status pekerjaan adalah tetap.
  • Mempunyai Caruman KWSP atau jika tiada caruman gaji perlu dimasukkan oleh majikan ke bank.
  • Berpendapatan RM2,500/bulan atau RM30,000/tahun.

Syarat untuk kakitangan “Government Linked Company (GLC)”

  • Status pekerjaan adalah tetap.
  • Berpendapatan RM1,500/bulan atau RM18,000/tahun.

Syarat untuk anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

  • Berpendapatan RM1,500/bulan atau RM18,000/tahun.

 

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut ialah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman peribadi Affin Islamic Personal Financing-i.

Untuk kakitangan swasta dan GLC:

  • Salinan kad pengenalan depan & belakang.
  • Penyata slip gaji 3 bulan terkini.
  • Penyata bank 3 bulan terkini.
  • Penyata EPF terkini (minimum 6 bulan potongan).

Untuk kakitangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM):

  • Salinan kad pengenalan depan & belakang.
  • Salinan kad kuasa tentera depan & belakang.
  • Penyata slip gaji 3 bulan terkini.
  • Penyata bank 3 bulan terkini.