Al Rajhi Personal Financing-i

Al Rajhi Personal Financing-i dari Al Rajhi Bank adalah pinjaman peribadi Islamik tak bercagar yang patuh Syariah. Pinjaman peribadi ini disasarkan kepada semua warganegara Malaysia, iaitu dibuka kepada semua sektor pekerjaan, termasuk pesara dan juga mereka yang bekerja sendiri.

Pinjaman Al Rajhi ini didatangkan dengan beberapa ciri menarik seperti kadar keuntungan tetap yang rendah, tempoh pembiayaan yang panjang, jumlah pembiayaan yang tinggi, dan juga had umur sehingga 60 tahun masih layak memohon. Tidak seperti sesetengah pinjaman peribadi Islamik yang di Malaysia, Al Rajhi Bank tidak meletakkan tujuan sebagai syarat utama untuk memohon.

Anda boleh memohon pinjaman ini tidak kira apa pun tujuan anda – pelaburan, membayar hutang, membayar bayaran muka kenderaan, ubahsuai rumah, dan sebagainya.

 

Ciri-Ciri & Kelebihan Al Rajhi Personal Financing-i

Terdapat beberapa ciri menarik pada pinjaman Al Rajhi Personal Financing-i yang membuatkan pinjaman ini menarik untuk dimohon. Berikut ialah kelebihan-kelebihan tersebut.

  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia – Tidak kira apa pun sektor pekerjaan anda, anda boleh memohon Al Rajhi Personal Financing-i asalkan anda warganegara Malaysia.
  • Had umur yang fleksibel – Al Rajhi membuka pinjaman ini kepada mereka yang berumur 25 tahun hingga 60 tahun.
  • Kadar keuntungan tetap yang rendah – Pinjaman Al Rahji Personal Financing-i adalah antara pinjaman peribadi Islamik di Malaysia dengan kadar keuntungan tetap, hanya 6.99% p.a.
  • Jumlah pembiayaan yang fleksibel – Anda boleh membuat pinjaman dari RM10,000 sehingga RM150,000.
  • Tempoh pembiayaan yang fleksibel – Al Rajhi memberi tempoh bayaran balik bermula dari 24 bulan (2 tahun) sehingga 96 bulan (8 tahun).
  • Tempoh pemprosesan dalam masa 24 jam – Al Rajhi akan memproses permohonan anda dalam tempoh 24 jam, dan jika lulus wang pinjaman anda akan dimasukkan ke dalam akaun Al Rajhi Bank.
  • Tiada caj proses dan caj penamatan awal – Al Rajhi tidak mengenakan sebarang caj proses atau caj penamatan awal jika anda berhasrat melangsaikan pinjaman lebih awal dari kontrak.
  • Rebat untuk penamatan awal – Jika anda ingin menamatkan pinjaman lebih awal, Al Rajhi akan memberikan rebat terhadap pinjaman anda. Tiada sebarang tempoh atau syarat untuk membuat penamatan awal.
  • Tiada caj lewat bayar – Ini adalah salah satu kelebihan bagi pinjaman peribadi Al Rajhi. Tiada sebarang caj lewat bayar yang dikenakan.

 

Syarat Kelayakan Untuk Memohon

Berikut ialah syarat-syarat yang diperlukan untuk memohon pinjaman peribadi Al Rajhi Personal Financing-i. Syarat-syarat berbeza mengikut sektor pekerjaan anda.

Syarat umum

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 25 tahun hingga 60 tahun.
  • Berpendapatan RM5,000 sebulan (atau lebih) atau RM60,000 setahun (atau lebih).
  • Tidak disenaraihitamkan oleh AEON atau mana-mana Bank di Malaysia.
  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).
  • Bukan di bawah selaan AKPK.

Syarat untuk kakitangan awam dan kakitangan GLC

  • Status pekerjaan ialah tetap.

Syarat untuk pekerja swasta

  • Bekerja lebih dari 6 bulan dengan majikan yang sama.
  • Mempunyai Caruman KWSP atau jika tiada caruman gaji perlu dimasukkan oleh majikan ke bank.

Syarat untuk berniaga/bekerja sendiri

  • Pemilik perniagaan adalah warganegara Malaysia berumur 25 tahun ke atas
  • Tempoh berniaga lebih dari 2 tahun.
  • Perniagaan didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) lebih dari 2 tahun.
  • Mempunyai akaun bank syarikat.

 

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut pula ialah dokumen yang diperlukan untuk memohon Al Rajhi Personal Financing-i. Dokumen yang perlu disediakan adalah berbeza mengikut jenis pekerjaan anda.

Untuk kakitangan swasta

  • Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
  • Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
  • Salinan penyata bank kemasukan gaji 3 bulan terkini.
  • Salinan caruman KWSP sekurang-kurangnya 6 bulan terkini.
  • Surat rujukan dari majikan.

Untuk kakitangan kerajaan dan kakitangan GLC

  • Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
  • Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
  • Salinan penyata bank kemasukan gaji 3 bulan terkini.
  • Surat rujukan dari majikan.

Untuk bekerja sendiri

  • Salinan kad pengenalan depan & belakang.
  • Salinan pendaftaran syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia – Borang ROC & ROB.
  • Penyata akaun bank syarikat 6 bulan terkini.
  • Borang B terkini dari Lembaga Hasil Dalam Negeri.
  • Penyata 3 tahun terkini akaun draft pengurusan yang diaudit atau tidak diaudit.
  • Memorandum dan Artikel Persatuan (M & A) .