Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Bukan Pakej adalah pelan pinjaman peribadi daripada Bank Islam. Pinjaman ini juga dikenali sebagai Bank Islam Personal Financing-i (non-package).
Bank Islam Malaysia Berhad menawarkan Pembiayaan Peribadi-i Pakej dan Bukan Pakej. Sekiranya anda ingin maklumat lanjut tentang Pembiayaan Peribadi-i Pakej, anda boleh layari laman Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Tetap atau Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Terapung.
Pinjaman ini adalah pinjaman peribadi Islamik tidak bercagar. Dalam erti kata lain anda tidak perlu menyediakan sebarang cagaran atau memperkenalkan penjamin untuk mohon pinjaman peribadi ini.
Pinjaman Peribadi Bank Islam bukan pakej ini ditawarkan kepada mereka yang bekerja di sektor awam dan sektor swasta dengan pendapatan gaji kasar RM3,500 ke atas. Walaupun kelayakan gaji minimum yang dikenakan agak tinggi, Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Bukan Pakej adalah antara pembiayaan peribadi tak bercagar yang menawarkan kadar keuntungan tahunan yang sangat rendah, iaitu serendah 6% p.a.
Baca lebih lanjut tentang ciri-ciri Pembiayaan Peribadi-i Bukan Pakej ini, syarat kelayakan untuk mohon, dokumen yang perlu anda sediakan, caj yang dikenakan, jumlah bayaran balik bulanan, dan bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini secara online tanpa perlu mengunjungi mana-mana cawangan Bank Islam.
Ciri-Ciri & Kelebihan Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Bukan Pakej
Bank Islam adalah antara perintis perbankan Islamik di Malaysia. Jadi tidak menghairankan jika Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Bukan Pakej menawarkan beberapa kelebihan dan ciri-ciri menarik berbanding pinjaman peribadi Islamik lain. Berikut adalah ciri-ciri Personal Financing-i non-package.
- 100% patuh Syariah
Pinjaman ini adalah pinjaman peribadi Islamik yang patuh Syariah sepenuhnya dengan konsep Tawarruq, dan komoditi Murabahah. - Tanpa cagaran
Oleh kerana ini adalah pinjaman peribadi tak bercagar, pemohon tidak perlu sediakan cagaran atau penjamin untuk mohon. - Jumlah pembiayaan yang fleksibel
Anda boleh mohon serendah RM10,000 hingga RM150,000 untuk Pembiayaan Peribadi-i Bukan Pakej ini. - Tempoh pembiayaan yang fleksibel
Tempoh pembiayaan yang ditawarkan oleh Bank Islam untuk pinjaman ini adalah dari 1 tahun hingga 10 tahun. - Kadar keuntungan tetap yang rendah
Seperti nama pinjaman ini, Bank Islam menawarkan kadar keuntungan tetap (fixed profit rate) yang rendah, iaitu bermula dari 6% p.a hingga 7% p.a. Kadar keuntungan adalah bergantung kepada jumlah dan tempoh pembiayaan. Sila rujuk bahagian Jadual Pembayaran Balik untuk maklumat lengkap. - Kelulusan pantas
Anda hanya perlu menunggu kurang dari 5 hari bekerja untuk mengetahui keputusan permohonan pinjaman Bank Islam anda selepas anda menghantar semua dokumen yang diperlukan. - Tiada caj proses
Seperti kebanyakan pinjaman peribadi Islamik, Bank Islam tidak mengenakan sebarang caj proses sekiranya permohonan Pembiayaan Peribadi-i non package anda lulus. - Tiada caj penamatan awal
Bank Islam juga tidak akan mengenakan sebarang caj penamatan awal sekiranya anda berhasrat untuk menyelesaikan pinjaman anda lebih awal dari tempoh yang dipersetujui. Anda juga akan diberikan rebat (Ibra’) oleh Bank Islam. - Kaedah pembayaran instalment yang fleksibel
Anda boleh buat bayaran bulanan untuk Pembiayaan Peribadi-i Bukan Pakej anda melalui Potongan Gaji Majikan (PGM) atau pindahan gaji ke Bank Islam menerusi Autodebit.
Syarat Kelayakan Untuk Memohon
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang perlu anda patuhi sekiranya anda ingin mohon pelan pembiayaan peribadi daripada Bank Islam ini.
- Warganegara Malaysia.
- Berumur antara 18 tahun hingga 60 tahun.
- Bekerja/Berkhidmat di salah satu kategori berikut:
- – Kakitangan Kerajaan.
- – Kakitangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
- – Kakitangan Swasta (Syarikat Sendirian Berhad tersenarai dalam Pakej Bank Islam).
- Berpendapatan bulanan RM3,500 (gaji kasar) atau tahunan RM42,000 (gaji kasar).
- Tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana Bank di Malaysia atau AEON Credit.
- Tiada akaun di bawah Pemerhatian Khas – Special Attention Account (SAA).
- Bukan di bawah selaan AKPK.
Dokumen Yang Diperlukan
Sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Bank Islam dan ingin mohon Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Bukan Pakej, berikut ialah dokumen-dokumen yang perlu anda sediakan.
- Salinan Kad Pengenalan (MyKad).
- Salinan Slip Gaji 3 bulan terkini.
- Salinan surat pengesahan jawatan terkini dari majikan.
- Salah satu daripada dokumen di bawah:
- – Salinan penyata KWSP (EPF) terkini;
- – Salinan Penyata Akaun Bank 3 bulan terkini.
- – Salinan penyata pendapatan terkini (Borang BE/eBE/EA/EC).