Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta

Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta atau Bank Rakyat Personal Financing-i Private adalah pinjaman peribadi Islamik daripada Bank Rakyat. Pelan pinjaman peribadi Bank Rakyat ini adalah pinjaman tak bercagar, di mana pemohon tidak perlu menyediakan sebarang cagaran atau penjamin untuk mohon.

Pinjaman ini menggunakan konsep pembiayaan Islamik Komoditi Murabahah yang patuh Syariah. Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta ditawarkan kepada kakitangan swasta yang berjawatan tetap, mahupun yang berjawatan kontrak – tidak seperti rata-rata pelan pinjaman peribadi yang hanya ditawarkan kepada mereka yang berjawatan tetap.

Sekiranya anda berkhidmat di Sektor Awam atau anggota Angkatan Tentera, sila lihat Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam

Baca lebih lanjut apakah kelebihan pinjaman ini, syarat kelayakan lengkap untuk mohon, dokumen yang diperlukan, dan bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini secara online tanpa perlu buang masa walk-in ke cawangan Bank Rakyat.

 

Ciri-Ciri & Kelebihan Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta

Bank Rakyat Personal Financing-i Private menawarkan beberapa kelebihan berbanding pinjaman peribadi Islamik yang lain. Berikut adalah ciri-ciri menarik skim pembiayaan peribadi daripada Bank Rakyat ini.

  • Ditawarkan kepada jawatan tetap dan kontrak
    Bank Rakyat menawarkan pelan pinjaman ini kepada pekerja sektor swasta dengan jawatan tetap dan juga jawatan kontrak.
  • Ditawarkan kepada mereka yang berpendapatan tidak tetap
    Pelan pinjaman Personal Financing-i Private bukan sahaja ditawarkan kepada mereka yang berpendapatan tetap, tetapi juga kepada mereka yang berpendapatan tidak tetap seperti pendapatan komisen, berniaga dan golongan profesional.
  • Pinjaman 100% patuh Syariah
    Dengan mengamalkan konsep komoditi Murabahah, pinjaman ini adalah pinjaman peribadi Islamik yang patuh Syariah.
  • Jumlah pembiayaan yang fleksibel
    Pinjaman ini menawarkan jumlah pembiayaan yang fleksibel. Anda boleh mohon dari RM5,000 hingga RM150,000.
  • Tempoh pembiayaan yang fleksibel
    Bank Rakyat menawarkan tempoh pembiayaan dari 1 tahun hingga 10 tahun untuk Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta.
  • Jumlah lulus yang tinggi
    Jika pinjaman lain cuma meluluskan sehingga 12 kali ganda gaji anda, Bank Rakyat Personal Financing-i Private boleh meluluskan sehingga 25 kali ganda gaji kasar anda.
  • Kadar keuntungan tetap yang rendah
    Pinjaman ini adalah antara pinjaman peribadi Islamik dengan kadar keuntungan terendah, bermula dari 5.09% p.a hingga 5.61% p.a.
  • Tiada caj penamatan awal
    Bank Rakyat tidak mengenakan sebarang caj atau fi sekiranya anda berhasrat untuk membayar baki pinjaman lebih awal dari tarikh yang dipersetujui.
  • Saluran bayaran semula yang fleksibel
    Anda boleh membayar pinjaman anda melalui beberapa saluran seperti Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA), potongan gaji majikan (PGM), pindahan gaji ke Bank Rakyat, dan pembayaran elektronik.

 

Syarat Kelayakan Untuk Memohon

Syarat kelayakan memohon yang ditetapkan oleh Bank Rakyat untuk mohon Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta adalah bergantung kepada jenis pendapatan anda. Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang perlu anda patuhi sebelum mohon.

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia.
  • Tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana Bank atau AEON.
  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).
  • Bukan di bawah selaan AKPK.

Berpendapatan Tetap

  • Berumur 18 tahun hingga 60 tahun.
  • Berjawatan Tetap – Berpendapatan minimum bulanan RM2,000 atau tahunan RM24,000.
  • Berjawatan Kontrak – Berpendapatan minimum bulanan RM8,000 atau tahunan RM96,000.

Berpendapatan Tidak Tetap

  • Berumur 18 tahun hingga 55 tahun.
  • Berpendapatan minimum bulanan RM5,000 atau tahunan RM60,000.

 

Dokumen Yang Diperlukan

Seperti syarat kelayakan, dokumen yang diperlukan juga adalah bergantung kepada jenis pendapatan pemohon. Berikut adalah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memohon Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta.

Berpendapatan Tetap

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad).
  2. Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
  3. Salinan Penyata Bank kemasukan gaji 3 bulan terkini.
  4. Salinan Penyata KWSP terkini.
  5. Salah satu daripada dokumen di bawah:
    – Surat pengesahan majikan.
    – Borang EA.
    – Slip e-B daripada LHDN.

Berpendapatan Tidak Tetap

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad).
  2. Salinan Borang B LHDN/resit bayaran.
  3. Salinan Penyata Bank 6 bulan terkini.

Dokumen Tambahan Untuk Pemilik Perniagaan & Golongan Profesional

  1. Salinan Penyata Bank akaun syarikat 6 bulan terkini.
  2. Borang pendaftaran A dan D / Borang 24 dan 49 untuk syarikat.
  3. Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan.

Dokumen Tambahan Untuk Berpendapatan Komisen

  1. Penyata komisen 6 bulan terkini.