BSN MyRinggit Eksekutif-1 adalah pelan pinjaman peribadi daripada Bank Simpanan Nasional (BSN). Pinjaman ini adalah pinjaman peribadi konvensional tak bercagar. Ini bermaksud pemohon tidak perlu mengemukakan sebarang cagaran atau penjamin untuk mohon.
Pinjaman ini ditawarkan kepada golongan profesional di Malaysia dengan jumlah pembiayaan yang tinggi mencecah RM200,000 dan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun. Kadar keuntungan tahunan yang dikenakan juga adalah antara yang terendah di antara pinjaman peribadi konvensional di Malaysia, iaitu serendah 6% p.a.
Baca lebih lanjut tentang ciri-ciri menarik pinjaman BSN MyRinggit Eksekutif-1, syarat-syarat kelayakan untuk mohon, dokumen yang diperlukan dan bagaimana untuk mohon pinjaman ini secara online.
Ciri-Ciri & Kelebihan BSN MyRinggit Eksekutif-1
Berikut adalah kelebihan dan ciri-ciri menarik pinjaman peribadi BSN MyRinggit Eksekutif-1 yang ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional berbanding pinjaman peribadi lain di Malaysia.
- Tiada cagaran atau penjamin – Oleh kerana ini adalah pinjaman peribadi tak bercagar (unsecured loan), anda tidak perlu menyediakan sebarang cagaran atau penjamin untuk memohon.
- Jumlah pembiayaan yang fleksibel dan tinggi – Pinjaman peribadi BSN ini menawarkan jumlah pembiayaan serendah RM10,000 hingga mencecah RM200,000.
- Jumlah pembiayaan sehingga 10 kali ganda gaji kasar – anda boleh memohon pinjaman sehingga 10 kali ganda gaji kasar anda.
- Tempoh pembiayaan yang fleksibel – Tempoh pembiayaan bermula dari 24 bulan (2 tahun) hingga 120 bulan (10 tahun).
- Kadar keuntungan yang rendah dan fleksibel – Dengan kadar keuntungan serendah 6% p.a hingga 8.5% p.a, ini adalah antara pinjaman peribadi konvensional dengan kadar faedah yang rendah. Kadar keuntungan dikira berdasarkan jumlah pendapatan tahunan pemohon. Untuk maklumat lanjut sila rujuk jadual bayaran balik di bawah.
- Tiada caj proses – BSN mengenakan sebarang caj proses untuk pinjaman MyRinggit Eksekutif-1.
- Tiada caj penamatan awal – Tiada caj penamatan awal akan dikenakan sekiranya anda berhasrat untuk membayar semua baki pinjaman lebih awal dari kontrak. Anda cuma perlu kemukakan notis bertulis kepada pihak BSN.
Syarat Kelayakan Untuk Memohon
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang diperlukan untuk memohon BSN MyRinggit Eksekutif-1.
- Warganegara Malaysia.
- Berumur antara 21 tahun hingga 55 tahun.
- Bekerja/berkhidmat di salah satu daripada syarikat/organisasi/institusi di bawah:
– Panel Pemaju Terpilih.
– Hospital Swasta.
– Syarikat Telekomunikasi.
– Agensi Kewangan Berlesen.
– Syarikat Multi-Nasional.
– Kumpulan PETRONAS.
– Universiti & Kolej Swasta.
– Badan Berkanun.
– Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
– Syarikat Awam yang disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia ((Sektor Kewangan, Perladangan, Hartanah, Teknologi, Perdagangan / Perkhidmatan, Produk Industri, dan Pengguna).
– Golongan Profesional – Doktor, Arkitek, Peguam, Akauntan dan lain-lain golongan Profesional yang diiktiraf. - Berjawatan tetap atau kontrak.
- Bekerja/berkhidmat lebih dari 3 tahun.
- Berpendapatan bulanan RM3,000 ke atas atau pendapatan tahunan RM36,000 ke atas.
- Pemegang akaun BSN GIRO atau GIRO-i. Jika tiada akaun BSN anda perlu membuka akaun GIRO atau GIRO-i jika pinjaman lulus kerana bayaran balik akan dilakukan melalui akaun tersebut.
Dokumen Yang Diperlukan
Sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan dan berminat untuk memohon BSN MyRinggit Eksekutif-1, berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu anda sediakan untuk mohon.
- Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
- Salinan 3 bulan slip gaji terkini.
- Salinan penyata KWSP (EPF) terkini.
- Salah satu dari dokumen berikut:
Surat pengesahan majikan dengan butiran berikut:- Nama pemohon.
- Nombor kad pengenalan pemohon.
- Jawatan/status.
- Jumlah gaji bulanan.
- Tarikh mula bekerja/berkhidmat.
Atau
Salinan penyata EA/EC dan borang e-Filing atau sebarang dokumen berkaitan yang disahkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).