Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Terapung

Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Terapung adalah pelan pembiayaan peribadi daripada Bank Islam. Pelan pinjaman peribadi ini juga dikenali sebagai Bank Islam Personal Financing-i (package with floating rate).

Terdapat dua pelan Pembiayaan Peribadi-i Pakej yang ditawarkan oleh Bank Islam, iaitu Pembiayaan Peribadi-i Pakej Kadar Tetap dan Pembiayaan Peribadi-i Pakej Kadar Terapung. Laman ini memberikan informasi berkaitan Pakej Kadar Terapung.

Anda boleh baca lebih lanjut tentang Pakej Kadar Tetap di laman Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Tetap.

Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Terapung adalah pinjaman peribadi Islamik tak bercagar. Ini bermaksud anda tidak perlu mengemukakan sebarang cagaran atau menyediakan penjamin untuk mohon pinjaman ini.

Pembiayaan Peribadi-i Pakej ditawarkan kepada mereka yang berkhidmat di Sektor Awam dan Sektor Swasta daripada syarikat terpilih. Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah daripada RM10,000 hingga RM200,000 dengan tempoh pembiayaan maksimum sehingga 10 tahun.

Baca lebih lanjut tentang ciri-ciri Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Terapung, syarat kelayakan untuk mohon, dokumen yang perlu disediakan, caj yang dikenakan, jumlah instalment bulanan, dan bagaimana anda boleh mohon pinjaman ini secara online tanpa perlu mengunjungi mana-mana cawangan Bank Islam.

 

Ciri-Ciri & Kelebihan Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Terapung

Sebagai antara institusi kewangan Islamik di Malaysia, Bank Islam menawarkan beberapa ciri menarik untuk Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Terapung. Berikut ialah ciri-ciri dan kelebihan pelan pinjaman peribadi ini.

  • 100% patuh Syariah
    Pinjaman ini adalah pinjaman peribadi Islamik yang patuh Syariah sepenuhnya dengan konsep Tawarruq, dan komoditi Murabahah.
  • Tanpa cagaran
    Oleh kerana ini adalah pinjaman peribadi tak bercagar, pemohon tidak perlu sediakan cagaran atau penjamin untuk mohon.
  • Jumlah pembiayaan yang fleksibel
    Anda boleh mohon serendah RM10,000 hingga RM200,000 untuk Pembiayaan Peribadi-i Pakej ini.
  • Tempoh pembiayaan yang fleksibel
    Tempoh pembiayaan yang ditawarkan oleh Bank Islam untuk pinjaman ini adalah dari 1 tahun hingga 10 tahun.
  • Kadar keuntungan terapung (floating rate) yang rendah
    Seperti nama pinjaman ini, Bank Islam menawarkan kadar keuntungan terapung (floating profit rate) yang rendah, iaitu bermula dari 6.15% p.a hingga 7.05% p.a. Kadar keuntungan adalah bergantung kepada jumlah dan tempoh pembiayaan. Sila rujuk bahagian Jadual Pembayaran Balik untuk maklumat lengkap.
  • Kelulusan cepat
    Anda hanya perlu menunggu kurang dari 5 hari bekerja untuk mengetahui keputusan permohonan pinjaman Bank Islam anda selepas anda menghantar semua dokumen yang diperlukan.
  • Tiada caj proses
    Seperti kebanyakan pinjaman peribadi Islamik, Bank Islam tidak mengenakan sebarang caj proses sekiranya permohonan Pembiayaan Peribadi-i Pakej anda lulus.
  • Tiada caj penamatan awal
    Bank Islam juga tidak akan mengenakan sebarang caj penamatan awal sekiranya anda berhasrat untuk menyelesaikan pinjaman anda lebih awal dari tempoh yang dipersetujui. Anda juga akan diberikan rebat (Ibra’) oleh Bank Islam.
  • Kaedah pembayaran yang fleksibel
    Anda boleh buat bayaran bulanan untuk Pembiayaan Peribadi-i Pakej anda melalui Potongan Gaji Majikan (PGM) atau pindahan gaji ke Bank Islam menerusi Autodebit.

 

Syarat Kelayakan Untuk Memohon

Bank Islam tidak mengenakan syarat yang ketat untuk permohonan Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Terapung. Berikut ialah syarat-syarat kelayakan yang perlu anda patuhi sekiranya anda ingin mohon pinjaman ini.

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur antara 18 tahun hingga 60 tahun.
  • Bekerja/Berkhidmat di salah satu kategori berikut:
    • – Kakitangan Kerajaan.
    • – Kakitangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
    • – Kakitangan Swasta (Syarikat Sendirian Berhad terpilih dalam Pakej Bank Islam).
  • Berpendapatan bulanan RM2,000 (gaji kasar) atau tahunan RM24,000 (gaji kasar).
  • Tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana Bank di Malaysia atau AEON Credit.
  • Tiada akaun di bawah Pemerhatian Khas – Special Attention Account (SAA).
  • Bukan di bawah selaan AKPK.

 

Dokumen Yang Diperlukan

Sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Bank Islam dan ingin mohon Bank Islam Pembiayaan Peribadi-i Pakej Dengan Kadar Terapung, berikut ialah dokumen-dokumen yang perlu anda sediakan.

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad).
  2. Salinan Slip Gaji 3 bulan terkini.
  3. Salinan Penyata Bank (pengkreditan gaji) 3 bulan terkini.
  4. Surat pengesahan jawatan terkini.
  5. Salah satu daripada dokumen di bawah:
    • – Salinan penyata KWSP (EPF) terkini;
    • – Salinan penyata pendapatan terkini (Borang BE/eBE/EA/EC).