Maybank Personal Loan adalah pelan pembiayaan peribadi konvensional tak bercagar daripada Malayan Banking Berhad (Maybank) Malaysia. Pelan pinjaman peribadi Maybank ini ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berkhidmat di sektor awam, sektor swasta, yang bekerja sendiri dan juga kepada para pesara. Pembiayaan peribadi Maybank ini mudah di mohon dan tidak memerlukan dokumen yang rumit.
Oleh kerana ini adalah pinjaman peribadi konvensional, Maybank menawarkan kadar faedah terapung untuk pinjaman ini. Kadar faedah bermula daripada 8% p.a hingga serendah 6.5% p.a. Kadar faedah yang ditawarkan bergantung kepada jumlah pinjaman yang lulus.
Salah satu faktor menarik yang membuatkan pinjaman peribadi Maybank ini popular ialah kerana tempoh lulus yang pantas. Maybank hanya memerlukan tempoh dalam masa 48 jam sahaja untuk meluluskan permohonan anda.
Baca lebih lanjut tentang pembiayaan peribadi dari Maybank ini dan bagaimana anda boleh mohon online tanpa perlu walk-in ke mana-mana cawangan Malayan Banking Berhad.
Ciri-Ciri & Kelebihan Maybank Personal Loan
Alliance Bank CashFirst Personal Loan menawarkan beberapa ciri menarik yang mungkin menarik minat anda untuk memohon pinjaman ini. Antara kelebihan pinjaman peribadi Alliance CashFirst ialah:
- Maybank Personal Loan mempunyai beberapa kelebihan berbanding pelan pembiayaan peribadi konvensional yang lain di Malaysia. Berikut adalah ciri-ciri dan kelebihan pinjaman peribadi ini.
- Mudah dimohon – Maybank menawarkan pinjaman ini kepada semua warganegara Malaysia yang berumur antara 21 tahun hingga 60 tahun tanpa mengira jenis pekerjaan. Tidak kira anda kakitangan kerajaan, swasta, GLC, bekerja sendiri atau pesara – anda boleh memohon Maybank Personal Loan.
- Keputusan pantas – Anda hanya perlu menunggu 48 jam untuk mengetahui keputusan permohonan anda. Antara pinjaman peribadi konvensional di Malaysia dengan jangka masa lulus yang pantas.
- Jumlah pembiayaan yang fleksibel – Maybank Personal Loan menawarkan jumlah pinjaman dari RM5,000 hingga RM100,000.
- Tempoh pembiayaan yang fleksibel – Anda boleh pilih untuk membayar semula pinjaman anda dalam tempoh 2 tahun hingga 6 tahun.
- Kadar faedah yang rendah – Kadar faedah Maybank Personal Loan adalah antara yang terendah untuk pembiayaan peribadi konvensional di Malaysia, iaitu serendah 6.5% p.a.
- Tiada caj proses – Maybank tidak mengenakan sebarang caj proses sekiranya pinjaman anda lulus.
- Tiada caj setem duti – Selain caj proses, tiada caj setem duti yang akan dikenakan sekiranya pinjaman anda lulus.
Syarat Kelayakan Untuk Memohon
Sekiranya anda ingin memohon pinjaman peribadi Maybank Personal Loan, anda perlu memenuhi syarat-syarat berikut yang telah ditetapkan oleh Maybank.
Syarat kelayakan umum
- Warganegara Malaysia.
- Berumur dari 21 hingga 60 tahun.
- Berpendapatan minimum RM2500 sebulan, atau RM30,000 setahun.
- Tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana Institusi Kewangan di Malaysia (Bank/Koperasi/AEON).
- Tidak mempunyai akaun di bawah pemerhatian khas/Special Attention Account (SAA).
- Bukan di bawah selaan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Syarat untuk kakitangan kerajaan
- Status pekerjaan adalah tetap.
Syarat untuk kakitangan swasta dan GLC
- Telah bekerja lebih dari 6 bulan dengan syarikat yang sama.
- Mempunyai caruman KWSP minimum 6 bulan caruman.
Untuk bekerja sendiri
- Mempunyai syarikat yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) minimum setahun.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang perlu disediakan untuk memohon Alliance Bank CashFirst Personal Loan adalah berbeza mengikut jenis pekerjaan anda. Berikut ialah senarai dokumen yang diperlukan.
Untuk kakitangan swasta
- Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
- Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
- Salinan penyata bank kemasukan gaji 3 bulan terkini.
- Salinan caruman KWSP sekurang-kurangnya 6 bulan terkini; atau salinan borang BE terkini dengan resit
- pembayaran cukai.
- Salinan penyata komisen 6 bulan terkini (bagi yang menerima komisen).
Untuk kakitangan kerajaan dan kakitangan GLC
- Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
- Salinan slip gaji 3 bulan terkini.
- Salinan penyata bank kemasukan gaji 3 bulan terkini.
Untuk bekerja sendiri
- Salinan kad pengenalan depan & belakang.
- Salinan pendaftaran syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia – Borang ROC & ROB.
- Penyata akaun bank syarikat 6 bulan terkini.
- Borang BE/E dan resit pembayaran cukai.